Mari kita alihkan pandangan kita kepada sebuah lagi anugerah yang berlangsung sehari sebelum anugerah berprestij itu, iaitu Anugerah Razzie yang memberi penghargaan kepada filem-filem terburuk sepanjang tahun 2015.

Jika Oscar memilih Spotlight sebagai filem terbaik, Razzie pula menjulang Fifty Shades of Gray dan Fantastic 4 sebagai filem terburuk sepanjang tahun 2015 mengalahkan filem-filem lain seperti Jupiter Ascending dan Pixels.

Nasib filem yang terjual lebih 100 salinan seluruh dunia itu juga tidak terhenti di situ apabila pelakon-pelakon utamanya, Jamie Dornan dan Dakota Johnson turut memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terburuk.

Malah, filem itu turut memenangi kategori Pasangan Terburuk dan Lakon Layar Terburuk.

Manakala, pelakon, Eddie Raymond yang menerima pencalonan pelakon terbaik dalam Anugerah Oscar menerusi persembahan mantapnya dalam The Danish Girl turut dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terburuk menerusi filem Jupiter Ascending.

Pelakon, Kaley Cuoco pula diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terburuk menerusi filem Alvin and the Chipmunks 4: Road Chip and The Wedding Ringer.