Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Curly Sue pukau juri The Voice

LOS ANGELES 28 Feb. – Bintang utama filem komedi Curly Sue, Alisan ­Porter yang popular sekitar tahun 1991 kembali mendapat perhatian ramai selepas mencuba nasib dalam rancangan pencarian bakat nyanyian The Voice, baru-baru ini.

Alisan Porter

Menurut portal Mirror.co.uk, Porter, 34, yang pernah menjadi wajah paling dikenali di seluruh dunia melalui watak anak yatim comel berambut keriting di samping pelakon, Jim Belushi dalam filem arahan John Hughes itu kini ­bercita-cita menjadi seorang penyanyi.

Ibu kepada dua anak itu membuat kejutan apabila tampil dalam siri uji bakat rancangan tersebut dengan suara lunaknya hingga berjaya mencuri perhatian semua empat juri dalam rancangan tersebut.

“Semua empat juri iaitu Adam Levine, Christina Aguilera, Blake Shelton, dan Pharrell Williams terpukau dengan keupayaan vokalnya dan memberikan pujian kepada Porter.

“Mereka kelihatan terkejut dan hampir tidak percaya apabila Porter mengakui dia adalah Curly Sue,” lapor portal tersebut.

Selepas uji bakatnya disiarkan, Porter turut mengucapkan terima kasih kepada rancangan tersebut kerana memberi peluang kepadanya untuk mengejar impian sebagai penyanyi.

“Saya merupakan seorang pelakon ketika masih kecil. Namun itu bukanlah keinginan sebenar saya. Saya lebih meminati bidang nyanyian,” tulisnya di Instagram.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan