KUALA LUMPUR, 11 Mei 2017 - Sesi fotografi bersama penyanyi, Elfira Roy dan Sufian Suhaimi di studio Utusan disini, hari ini.GAMBAR : NOOR AZLINA JAAFARPEMBERITA : KHATIJAH (hib utusan)

Tidak mahu mengiyakan atau menafikan hubungan tersebut bermasalah, Sufian hanya mampu menjawab bahawa dia dan Elfira mengharapkan pengakhiran yang terbaik bagi hubungan tersebut.

“Seperti pasangan bertunang yang lain, masing-masing ada ujian sendiri. Kami juga menghadapi masalah yang sama. Tapi saya sangat bersyukur kerana Elfira sangat matang dalam menghadapi ujian ini.

“Kami menghadapi ujian dan masing-masing cuba untuk memperbaikinya. Kami juga mengharapkan perkara tersebut berakhir dengan baik. Rumit sebenarnya. Tak semudah kita cakap, hubungan kami okay atau bermasalah.

“Perkahwinan ini satu perkara yang sangat besar. Tak hanya melibatkan saya dan Elfira tetapi kedua-dua belah keluarga. Saya perlu hormat keluarga dan tak manis kalau cakap bercakap bagi pihak mereka,” kata penyanyi lagu Terasa Ada ini. - UTUSAN ONLINE