Khabar angin itu tersebar selepas pasangan tersebut tidak lagi kelihatan bersama pada beberapa acara hiburan.

Kali terakhir pasangan itu dilihat hadir berdua sewaktu majlis perkahwinan pemain keyboard Noah, David di Bandung hujung tahun lalu.

Pada majlis berkenaan, pasangan itu tidak segan mempamerkan kemesraan di kahalayak dan membuktikan cinta dan kebahagiaan yang sedang dikecapi.

Malah lelaki berusia 34 tahun tersebut secara terbuka menyatakan rasa tidak sabar untuk mengikut jejak langkah sahabatnya yang sudah berumah tangga itu.

Ariel juga dikatakan kelihatan teruja untuk segera memperisterikan Sophia selepas hidup solo kira-kira tujuh tahun.

Bagaimanapun kini, bapa kepada Allea Anata Irham itu dilihat seakan-akan mahu melarikan diri apabila diajukan tentang hubungan cintanya dengan Sophia.

Malah Ariel juga menyatakan rasa kurang senang apabila media massa di negara tersebut asyik mengajukan pertanyaan mengenai hubungannya itu.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dikomen,” kata Ariel ringkas apabila terus diasak untuk mengulas perihal peribadinya itu.

Khabarnya, hubungan Ariel dan Sophia mula goyah selepas vokalis Noah itu terserempak dengan bekas kekasihnya, Luna Maya sewaktu menghadiri tayangan perdana filem Pendekar Tongkat Emas tidak berapa lama dulu.