Keupayaan HOH menghasilkan deretan produk kesihatan dan kecantikan untuk kegunaan umum tidak pernah diragui kerana apa sahaja penghasilan produk-produk HOH, ia bukannya sembarangan.

Sebaliknya setiap produk yang dikeluarkan oleh HOH adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan selama lebih 22 tahun yang dilakukan sendiri oleh Pengerusi Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd., (HPSB), Prof. Datuk Dr. Hassan Yaacob.

Itulah kunci kejayaan HOH yang bertapak kukuh di dalam hati dan minda pengguna produk-produk jenama HOH.

Dr. Hassan sebenarnya tidak pernah berhenti daripada menjalankan kajian dan penyelidikan kerana dalam kamus hidup beliau, tidak wujud istilah penat dan rehat.

Kali ini, kajian dan penyelidikan serta analisis yang dilakukan oleh Dr. Hassan adalah di luar konteks penghasilan produk tetapi masih berkait rapat dengan jenama HOH.

Sebenarnya, Dr. Hassan meletakkan HOH sebagai 'raja' dalam dunia digital termasuk platform di media sosial Facebook.

Berdasarkan analisis yang dibuat, beliau mendapati terdapat penurunan di kalangan mereka yang menonton televisyen sejak adanya media sosial seperti Facebook.

HOH
PROF. DATUK DR. HASSAN YAACOB

"Apabila dibuat kajian, menunjukkan penurunan terhadap penonton televisyen kerana ramai yang beralih kepada media digital dan media sosial yang lebih memudahkan.”

"Generasi hari ini juga lebih cenderung menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat dan HOH perlu perubahan atau anjakan paradigma supaya kita kekal relevan," katanya.

Dr. Hassan diumpamakan sebagai seorang penyanyi yang menghargai sokongan peminat, beliau yang menghargai sokongan pembeli semua produk HOH membalas balik jasa dan sokongan mereka dengan tampil menaja satu proram masakan di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

PROGRAM Ha! Masak Kau tajaan House Of Healin di Facebook MAHN menawarkan hadiah menarik untuk mereka yang mengikuti 15 episod program tersebut. 

Dalam program ini, diselitkan peraduan yang menawarkan hadiah lumayan seperti wang tunai bernilai RM10,000, pakej umrah, barangan dapur, pakej spa dan lain-lain.

Dr. Hassan berkata, program yg diberi tajuk Ha! Masak Kau yg akan bersiaran serentak di Facebook MAHN dan Youtube  WOWTV.MY, bermula pada Isnin, 18 Februari ini dan dibahagikan kepada tiga segmen.

Dr. Hassan berkata, program yg diberi tajuk Ha! Masak Kau yg akan bersiaran di Facebook MAHN akan bermula pada Isnin, 18 Februari ini dan dibahagikan kepada tiga segmen.

HOH
 

Segmen pertama, Kau Masak Aku Rasa disiarkan pada pukul 12 tengah hari, segmen kedua, Jus Healin adalah pada pukul 4 petang dan segmen ketiga, Ada Berani Cubalah pada pukul 9 malam manakala siaran penuh adalah pada pukul 9.30 malam.

"Ini satu program yang menarik kepada semua pengguna produk HOH kerana HPSB adalah yang pertama tampil menaja program masakan di media sosial Facebook.

"Sepertimana yang kita semua ketahui, rantau Asia Tenggara termasuk rakyat Malaysia merupakan pengguna terbesar media sosial.

"Menerusi pendedahan di Facebook dan di laman web, ia bukan hanya satu pendekatan yang menarik tetapi inilah era moden yang kita harus ambil peluang untuk mengembangkan lagi pemasaran produk-produk kesihatan dan kecantikan HOH," katanya yang berani mengeluarkan sejumlah kos untuk menaja program masakan ini.

Program Ha! Masak Kau di Facebook MAHN dan WOWTV.MY adalah program mingguan yang bersiaraya pada setiap hari Isnin dan dirakamkan sebanyak 15 episod.

Kesemua episod mesti ditonton kerana soalan-soalan peraduan adalah berdasarkan kepada tiga segmen dalam setiap episod yang disiarkan serentak di Facebook MAHN dan Youtube WOWTV.My itu.

Kesemua episod mesti ditonton kerana soalan-soalan peraduan adalah berdasarkan kepada tiga segmen dalam setiap episod yang disiarkan di Facebook MAHN.

HOH

ANTARA produk kesihatan yang dihasilkan oleh House Of Healin (HOH). - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Dr. Hassan mengakui, HOH harus bertindak cepat dan membuat keputusan tepat apabila memilih Facebook MAHN yang mempunyai jutaan pengikut yang mahu mengetahui tentang resepi atau masakan harian.

"Kita lihat bahawa page Facebook MAHN sangat popular dalam kalangan warganet dan 'rencah' program Ha! Masak Kau bukan menjurus kepada program masakan semata-mata tetapi merangkumi masakan sihat, minuman sihat dan tips kesihatan.

"Semua orang tahu dan kenal produk kesihatan HOH dan ia adalah yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai produk supplemen harian untuk kekal sihat dan bertenaga kerana kajian dan penyelidikan yang dijalankan selama 22 tahun menghasilkan produk yang berkualiti seperti Gamogen, Rejusol dan Zaniplus.

"Oleh yang demikian, saya yakin ramai yang akan suka dan akan mengikuti program ini kerana peraduan yang ada dan soalan terkumpul dari episod pertama sehingga terakhir tidak boleh terlepas tonton," katanya.

Menggunakan selebriti, artis dan instafamous yang berbeza-beza untuk ditampilkan dalam Ha!Masak Kau yang diterbitkan oleh penerbit digital, Nur Aisyah Zainal, Dr. Hassan berkata, ia perlu untuk HOH terus mendekatkan diri dengan pengguna dunia digital. - UTUSAN ONLINE