Pun begitu, berkata kepada Utusan Online, dia sudah bersedia mencari pengganti bagi mengubati kekecewaan dan kedukaan yang dihadapinya agar tidak lagi berasa kesunyian.

“Sebenarnya, cinta hati yang saya maksudkan adalah seekor kucing bernama Lucky yang hilang tahun lalu. Sudah puas saya cari, tetapi sehingga ke hari ini tidak dijumpai.

"Lucky merupakan seekor kucing kacukan baka Maine Coon yang telah dihadiahkan oleh bapa saya ketika sambutan ulang tahun ke-21.

“Ketika berada di rumah, Lucky menjadi tempat saya bermanja. Bermain dengannya boleh menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan,” ulas anak kelahiran Ampang, Selangor itu.

Malah menurut Eyka, dia telah menampal poster bagi memaklumkan mengenai kehilangan Lucky di sekitar kediamannya dalam usaha mencari semula haiwan kesayangannya itu.

Justeru tambahnya, jika ada peminat atau sesiapa sahaja yang ingin menghadiahkan atau menjual kucing, amatlah dialu-alukan.

Menurut Eyka, dia tidak kisah kucing baka apa sekalipun, asalkan berada dalam keadaan sihat untuk dipelihara dan dimanjakan.

"Kalau boleh lepas ini saya nak bela kucing yang memerlukan penjagaan minimum, senang nak dijaga kerana jadual kerja yang tidak menentu," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Eyka sedang berada di set penggambaran drama Sara Kirana terbitan RTM yang dijangka disiarkan tidak lama lagi dan akan terlibat dengan sebuah telemovie siaran TV9. - UTUSAN ONLINE