Menerusi live instagram yang berlangsung kurang 10 minit, Fathia juga juga kelihatan menangis teresak- esak dan mendakwa apa yang berlaku ini lebih kepada fitnah.

“Apabila banyak fitnah timbul saya sedih. Saya hanya manusia biasa. Saya cuba nak tunjuk dan jadi baik. Tapi saya tak berjaya. Saya sendiri masih belajar. Saya masih belajar tentang Islam. Saya masih belajar tentang Tuhan.

“Maafkan saya. Jangan fitnah saya. Tak betul untuk fitnah saya. Apa yang saya alami, hanya Allah yang tahu,” katanya sambil menangis.

Sementara itu kontroversi yang menghimpit pelakon cantik ini semakin panas apabila namanya digugurkan serta merta dari drama La Luna terbitan TenView Sdn Bhd dengan alasan tidak memberikan kerjasama yang baik.

Jumaat lalu video seorang pendatang baharu Natasha Elyzza dan seorang wanita yang seakan pelakon cantik Fathia Latiff sedang menari dan berpakaian seksi mula mendapat perhatiaan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Apa yang lebih mendapat perhatian dalam video berkenaan juga menunjukkan wanita yang mirip Fathia itu turut menunjukkan sebahagian buah dadanya untuk tontonan umum.
Melalui laman Instagram pula Fathia sempat memuat naik gambar dengan kapsyen “saya hanya manusia biasa”. Bagaimanapun ruangan komen untuk gambar tersebut ditutup.

Usaha pihak Utusan Online untuk mendapatkan Fathia masih belum berhasil memandangkan telefon bimbit pelakon ini tidak dapat dihubungi.- UTUSAN ONLINE