Heroin filem Nasi Tangas itu ketika dihubungi Utusan Online berkata, majlis tersebut diadakan berlangsung dalam keadaan serba ringkas dan sederhana hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja.


“Insya-Allah, pada awal tahun hadapan majlis resepsi akan diadakan. Masa itu kami akan mengundang semua. Bukan niat nak sorok, cuma keluarga kedua-dua pihak mahu mengadakannya secara kecil-kecilan.


“Kami dahulukan yang wajib dahulu iaitu akad nikah. Selepas ini, barulah akan dibuat majlis persandingan,” jawabnya.


Menurut Adiba, perkenalannya dengan pelakon utama filem Puaka Balai Gombak yang juga adik kepada Johan As’ari itu bermula beberapa tahun lalu dalam sebuah acara hiburan.


Kata Adiba, majlis pernikahannya diadakan selang beberapa hari sebelum hari perkahwinan adiknya.


“Jadi, kesempatan itu kami gunakan untuk buat sekali harung. Mas kahwin sebanyak RM200 dan majlis nikah kira-kira jam 5.30 petang,” katanya yang mengikat tali pertunangan lima minit sebelum bernikah.


Adiba juga tidak menafikan keputusannya bertudung baru-baru ini adalah demi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan selesa dengan imej tersebut. - UTUSAN ONLINE