Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harrison Ford terlepas hukuman

LOS ANGELES 4 April - Aktor veteran, Harrison Ford dilaporkan terlepas daripada menjalani sebarang hukuman selepas nyaris menyebabkan kemalangan ketika menerbangkan pesawat peribadinya di lapangan terbang California, kata seorang peguamnya semalam.

GAMBAR fail menunjukkan aktor veteran Hollywood, Harrison Ford. -AFP

Dalam insiden Februari lalu, Ford, 74, yang juga berpengalaman sebagai juruterbang sedang mendaratkan pesawatnya di Lapangan Terbang John Wayne di Orange County, California.

Bagaimanapun, aktor yang pernah memegang watak Han Solo dalam filem sains fiksyen bersiri, Star Wars itu tersilap arah apabila pesawat yang dipandunya menuju ke arah jalan raya dan bukannya landasan kapal terbang.

Tindakan Ford menyebabkan pesawat tersebut berselisih dengan sebuah Boeing 737 yang membawa 110 penumpang dan enam anak kapal, namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan insiden terbabit. -AFP

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan