Kutipan tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan berjaya diraih oleh produksi filem berkenaan adalah  RM5.65 juta termasuk RM2.05 yang dikutip ketika tayangan awal atau sneak preview sehari sebelum itu.

Merupakan sekuel kepada filem Munafik yang diterbitkan pada 2016, naskhah ke-10 arahan Syamsul Yusof itu mendapat sambutan menggalakkan apatah lagi ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang menikmati cuti selama tiga hari sempena sambutan Hari Kebangsaan bermula hari ini.

Dikhabarkan, hampir kesemua syarikat pempamer membuat keputusan untuk menayangkan Munafik 2 selang 15 minit memandangkan terdapat permintaan tinggi daripada audiens.

Munafik yang diterbitkan dua tahun lalu berjaya meraih kutipan keseluruhan berjumlah RM17 juta dan dijangka Munafik 2 dapat mengatasi kutipan tersebut jika berjaya mengekalkan momentumnya.

Selain Syamsul sendiri, Munafik 2 turut dibintangi oleh Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Ku Faridah, Asmawi Ani, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi dan Weni Panca. - UTUSAN ONLINE