Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harapan Kepada Dia

FARAHDHIYA membuat persembahan pada majlis pelancaran single baharu  dan sidang akhbar konsertnya  d 2
FARAHDHIYA membuat persembahan pada majlis pelancaran single baharu dan sidang akhbar konsertnya di ibu kota baru-baru ini.

Popular dengan hanya satu lagu? Mungkin itu adalah persepsi awal apabila melihat penyanyi, Farahdhiya. Namun sedar atau tidak, dia sudah 12 tahun memahat nama dalam industri seni.

Biarpun mungkin ada segelintir pihak yang memandang enteng kehadirannya dalam industri seni hanya dengan populariti satu lagu sahaja namun bagi penyanyi ini itu bukan penghalang baginya.

Dia tidak jatuh dek kata-kata yang hanya berbaur negatif. Namun melihat penyanyi cantik molek ini, ada relung kekecewaan yang terbit dalam matanya.

Seperti tidak terungkap dengan kata-kata.

Dia akui, mungkin peminat hanya mengenalinya lagu Bertakhta Di Hati sahaja. Tapi jelasnya, banyak lagu baharu dikeluarkan sepanjang 12 tahun dalam industri, cuma mungkin bukan rezekinya lagi.

“Lagu berkualiti tetapi tak jalan. Tidak dimainkan di stesen radio. Saya sendiri pun tidak ada alasan untuk itu.

“Tapi saya tidak mahu buang masa, kalau tidak berjaya kita cuba lagu lain.

“Mungkin ada kelemahan rangka promosi. Kalau saya seorang sahaja yang berusaha payah, takkan saya sendiri kena telefon stesen radio suruh mainkan lagu saya?

“Kalau ada promosi, saya akan turun padang. Pergi stesen radio dan jumpa peminat. Saya sendiri sejujurnya tidak tahu hendak cakap apa. Harapan besar cuma mungkin peluang itu tidak ada,” katanya memulakan bicara.

Bakal tampil dengan single baharu, Kepada Dia, Farahdhiya mengharapkan agar ada sinar baharu yang bakal menerangi jalan seninya.

Malah dia juga bakal membuat persembahan solo pertamanya di Hard Rock Cafe, 30 April depan.

“Saya tak kisah jika ada mulut-mulut yang mengatakan setelah 12 tahun dalam industri, baru sekarang buat persembahan sendiri. Bagi saya, ini adalah rezeki dan bukan semua orang dapat peluang sama.

“Selepas Gegar Vaganza, syukur kepada Allah rezeki sentiasa ada.

“Ramai yang datang untuk menawarkan diri menguruskan kerjaya saya tetapi saya selesa bergerak sendiri,” katanya.

Menyesal lambat ada kelab peminat

Nama Farahdhiya kembali memuncak dalam industri seni usai memenangi tempat kedua dalam Gegar Vaganza musim kedua. Dari situ, lahirlah kelab peminat yang bergolok gadai membantu menyokong kerjaya seninya.

Mengakui agak ralat dan menyesal kerana tidak memiliki kelab peminat dari awal, penyanyi ini kini mula sedar dan banyak menghabiskan masa dengan peminatnya.

“Kami ada membuat pelbagai aktiviti termasuk bercuti di Vietnam baru-baru ini. Sebenarnya, memang menyesal tidak ada kelab peminat dari awal kemunculan. Dulu ada yang bagi idea tapi saya tolak.

“Ramai peminat yang terkejut saya sebenarnya gila-gila orangnya. Mungkin raut wajah yang agak sombong memberi persepsi negatif tapi saya tidak kisah. Saya memang dilahirkan begini.

“Cuma apabila orang sudah kenal saya, mereka akan terkejut kerana saya tidak sesombong seperti yang dilihat. Jangan menilai dari luaran sahaja, kenal saya dahulu baru boleh cakap,” katanya.

Isteri kedua? Tidak sama sekali

Mengakui masih solo, Farahdhiya sama sekali menolak untuk menjadi isteri kedua. Biarpun ramai kenalan yang mahu menjodohkan penyanyi ini dengan lelaki yang sudah beristeri namun dia menolak.

“Saya bukan memilih sangat pun. Kalau ada yang berusia 50 tahun, masih solo saya okay sahaja. Tapi sekarang mana nak cari lelaki bujang usia 50 tahun kan? Susah hendak cari tau.

“Ada yang mendekati cuma kalau suami orang, maaf saya tak nak. Mungkin saya kurang bersosial sebab itu tak jumpa lagi calon suami. Mungkin tahun ini saya akan lebihkan bersosial.

“Saya kalau boleh hendak cari yang matang. Usia semua, seperti saya cakap tak kisah. Asalkan bujang,” selorohnya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan