Terkini, pelakon itu nampaknya cuba mengubah situasi kontroversi ini dengan berkongsi gambar bahagianya dengan suami, Romie Razin Adilha Abd. Rais.

Dalam gambar yang baharu dikongsi di laman Instagram miliknya itu juga kelihatan anak pasangan ini Putri Aleesya.

Hanez, 32, dalam kenyataannya sebelum ini juga memberitahu bahawa rumah tangganya kenal bahagia walaupun dia mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan fasakh seminggu lalu.

"Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam.

"Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.

"Tiada apa yang ingin saya jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

"Cuma apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah rumah tangga kami masih kekal.

"Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada pihak-pihak tertentu," jelasnya menerusi kapsyen di laman Instagram.

Sementara itu pasangan ini berkahwin pada 25 Mac 2015 selepas melalui pelbagai episod kontroversi. Melalui perkahwinan terdahulu Romie dikurniakan dua orang anak lelaki. - UTUSAN ONLINE