Konsert selama sejam setengah itu menampilkan persembahan beberapa artis tempatan dan pemuzik seperti pasukan Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya, Siti Nordiana, Khai Bahar dan Datuk Jamal Abdillah yang menyampaikan lagu dan nyanyian masing-masing bagi menghiburkan penonton.


Turut hadir ke konsert itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


KUD 2017 berlangsung selama empat hari di PWTC dari 19-22 Oktober merupakan anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam usaha mempromosi produk dan barangan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan desa kepada masyarakat dan beberapa pasar raya terkemuka dalam Malaysia.-UTUSAN ONLINE