Melalui balasan SPAD kepada status laman sosial itu, tindakan boleh diambil ke atas Aeril jika dia menggunakan kereta persendirian sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

“Saya hanya bergurau, peminat juga tahu saya hanya bergurau. Mustahil saya mahu menjadi pemandu Uber ketika ini. Saya juga sibuk dengan penggambaran.

“Tetapi saya tidak tahu, sama ada pihak SPAD serius atau sekadar bergurau juga,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

Sementara itu, muat naik Aeril mengenai apa yang berlaku ini di dalam laman Instagram juga mendapat pelbagai reaksi peminat.

Malah rata-rata mereka yakin yang pihak berkuasa itu hanya bergurau kerana tahu Aeril adalah seorang pelakon terkenal.- UTUSAN ONLINE