Menurut penyanyi berusia 44 tahun itu, dia masih belum bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hatinya.

“Kahwin Disember ini? Mana ada! Calon pun tak ada lagi.

“Buat masa ini tumpuan saya pada anak-anak. Lagipun ada ke lelaki mahukan saya yang ada enam dan semuanya di bawah tanggungan saya?,” kata Amelina.

Apa pun kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Daun Pisang ini, ia tidak bermaksud yang hatinya sudah tertutup untuk kembali berumah tangga.

“Cuma buat masa ini saya nak kembali aktif dalam industri dan mahu cari rezeki dan utamakan anak-anak dahulu, “ katanya kepada UTUSAN ONLINE.