P. Ramlee merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan komposer prolifik yang telah menyumbang lebih dari 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu. 

Selepas pemergian beliau pada tahun 1973, rakyat Malaysia meneruskan legasi secara memberi penghormatan dalam bentuk anugerah anumerta dengan menamakan dewan, muzium dan bangunan sempena beliau.

Google Doodle hari ini menonjolkan kepelbagaian seni legenda Malaysia tersebut yang melangkaui dunia hiburan dan memenangi hati rakyat. 

Ia memaparkan beliau dalam imej yang paling diingati orang ramai, bermisai nipis, tampil segak dengan sut petak, dengan kepalanya sedikit lentok ke tepi. - UTUSAN ONLINE