Oleh kerana lakonannya yang mantap, Madame Tussaud telah mengabadikan wataknya untuk dipamerkan di dalam muzium tersebut. Patung lilin Gadot dalam kostum Wonder Woman ini diletakkan di muzium yang terletak di Orlando, Florida sempena pameran The Justice League: A Call for Heroes.

Melalui akaun Instagram miliknya, Gadot berkongsi rasa bangga menerusi rakaman video patung lilin tersebut.

“Jika anda melihat ke dalam mata saya, ia mungkin akan berkelip. Ia satu penghormatan. Terima kasih Madame Tussauds,” tulisnya di ruang kapsyen.

Selain Gadot, beberapa patung lilin watak superhero lain yang turut diabadikan antaranya Henry Cavill dan Ben Affleck untuk pameran tersebut. - UTUSAN ONLINE.