Pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi, Zizi yang juga peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) disifatkan oleh pengikut media sosial sebagai seorang selebriti yang suka mencari publisiti murahan.

Memetik komen yang ditinggalkan, Zizi selaku wanita Islam tidak sewajarnya berpakaian seksi sebegitu malah ada berpendapat, gadis itu terlalu berani untuk beraksi sedemikian.

Malah tindakan pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu mengenakan pakaian seksi seolah-olah sengaja mahu menayangkan ‘aset’ miliknya.

Bagaimanapun, terdapat juga komen peminatnya yang memuji kecantikan penyanyi berasal dari Semporna, Sabah itu serta pakaian yang digayakannya.

Bukan sahaja peminat dari Malaysia, malah Zizi yang pernah menyertai program realiti terbitan Indonesia iaitu D’Academy Asia musim kedua itu turut mendapat perhatian warga negara republik itu. - UTUSAN ONLINE