Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fitri Haris terlalu sayangkan UNIC

Fitri Haris serahkan soal jodoh kepada takdir. 5
Fitri Haris serahkan soal jodoh kepada takdir.

MUNGKIN ramai yang sudah tidak mengingati empunya nama Fitri Haris dalam radar seni hiburan tempatan. Jejaka berkulit putih ini pernah menjadi kegilaan peminat wanita sekitar 10 tahun lalu dengan lagu hits dengan kumpulan UNIC seperti Demi Cinta Suci dan Hanya Tuhan Yang Tahu sehingga irama nasyid pernah menjadi fenomena dengan kemunculan mereka.

Fitri yang merupakan tonggak utama di sebalik penubuhan kumpulan UNIC mengaku terlalu rindu dengan gabungan berkenaan.

“Walaupun ada artis lain yang ajak saya untuk berduet namun saya tetap fikirkan UNIC. Nanti apa pula mereka kata, walaupun sudah lama tidak bersama-sama, fikiran saya masih dengan mereka.

“Kalau ikut sejarah penubuhan UNIC, asalnya memang saya dengan Bazly merupakan pencetus untuk menubuhkan kumpulan ini kerana kami berasal dari sekolah yang sama dan memang aktif menyanyi sejak zaman sekolah lagi,” luah Fitri.

UNIC yang merupakan anak didik kumpulan Hijjaz pernah bersilih ganti bertukar ahli dan perkara itu juga dialami Fitri apabila mengambil keputusan mengundur diri dan sempat merakamkan album terakhirnya dengan UNIC berjudul Langkah Tercipta pada 2009.

Namun setelah sekelian lama UNIC bersilih ganti ahli baharu, mereka berjaya disatukan semula pada sebuah konsert REUNIC di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, bulan lalu.

“Semasa idea penggabungan semula bawah satu konsert itu, saya berasa sangat gembira. Alhamdulilah konsert pertama kali itu juga mencatat kejayaan kerana dewan penuh sehingga tiket habis dijual.

“Terima kasih juga kepada peminat-peminat UNIC yang menyokong dari awal pembabitan kami sehingga sekarang. Malah hati saya semakin membuak-buak ingin kembali dengan UNIC.

“Namun saya faham, masing-masing sudah ada hala tuju yang ditetapkan. Walaupun begitu, saya masih berharap agar ditawarkan kembali menjadi anggota UNIC dan mungkin ada acara tertentu boleh diuruskan seperti separuh masa dan sebagainya,” jelasnya.

Kelab peminat

Fitri Haris ditemui semasa pelancaran Fitri Haris and Family serta persembahan istimewa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi baru-baru ini.Majlis yang diadakan pada skala kecil bertujuan mengumpulkan peminat yang menyokong perjalanan seninya selama ini.

“Saya sebenarnya tidak berapa suka dengan perkataan peminat sebab saya ini seorang yang pemalu. Malah saya lebih suka menggelarkan mereka sebagai sebuah keluarga sebab itu saya menamakan program 
ini sebagai Fitri Haris and Family.

“Saya juga tidak mahu mereka (peminat) datang disebabkan saya semata-mata sebaliknya hadir disebabkan oleh kawan-kawan lain yang diibaratkan seperti sebuah keluarga.

“Idea ini juga tercetus pada awalnya di Instagram kerana saya gemar membuat live video.

“Berdasarkan permintaan peminat, saya bercadang ingin mengadakannya di sebuah restoran sahaja tetapi kira-kira 100 orang pula yang ingin hadir. Justeru lokasi serta merta bertukar tempat yang lebih selesa di UKM.

“Alhamdulillah, segala-galanya dipermudah kerana saya berjaya menubuhkan Fitri Haris and Family. Kesempatan itu juga, saya mempersembah beberapa buah lagu di hadapan kira-kira 200 peminat yang hadir sebelum pulang ke UK pada hari yang sama.

“Saya bertambah terharu apabila ada yang sanggup datang dari Singapura sedangkan perjumpaan hari ini hanya dalam skala kecil-kecilan sahaja,” jelas empunya Facebook dan Instagram Fitri Haris ini lagi.

Keluarga dan pelajaran

Sosok tubuh yang menginjak usia 32 tahun ini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang industri kreatif di United Kingdom dan bakal menamatkan pengajiannya tahun ini.

Merupakan pelajar tajaan sebuah universiti tempatan, Fitri sebelum ini berjaya menghabiskan pengajian di peringkat Sarjana di New Zealand dan berazam menjadi pensyarah kerana minat bercakap dan menulis.

Walaupun begitu, Fitri mengaku hampir putus asa untuk meneruskan pengajian.

Namun keluarga merupakan pembakar semangat untuknya meneruskan pengajian, sekali gus membersihkan namanya kembali dalam industri hiburan.

Hal ini kerana, jejaka ini dahulu sudah puas bermandi tuduhan serta kecaman dek kata-kata netizen yang seolah-olah menampakkan keburukan dirinya.

“Saya tidak mahu orang tahu kehidupan saya hanya tentang cerai-berai sahaja. Malah saya tekad untuk membuktikan bahawa saya boleh menamatkan pengajian.

“Walaupun diuji dengan pelbagai ujian namun Tuhan tidak pernah tarik nikmat berkeluarga dan tidak pernah menyekat peluang belajar.

“Ini juga cabaran untuk saya buktikan kerana duduk berjauhan dengan anak, kadang-kadang apabila anak saya demam, terpaksa balik dari jauh. Namun itu tidak pernah mematahkan semangat saya kerana jarak bukan pemisah kasih sayang,” katanya.

Fitri yang kini kembali menduda mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun.

Dia mengaku hubungan dengan bekas isterinya sangat baik dan masih menyimpan keinginan untuk berkahwin lagi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan