Diklasifikasikan sebagai P13, naskhah layar lebar pertama arahan Dain Said itu bakal ditayangkan ke­pada umum pada Khamis ini di pawagam-pawagam seluruh negara.

“Akhirnya kerja keras yang diberikan barisan pelakon filem ini berbaloi setelah mendapat tahu akan khabar gembira ini.

“Baru minggu lepas pihak Astro Shaw maklumkan kepada saya bahawa filem pertama arahan saya itu mendapat tanda ‘lulus dan lepas’ untuk tayangan bermula 5 Mac ini .

“Lebih menggembirakan, satu babak pun LPF tak potong dan jalan cerita kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu penggambaran dijalankan,” kata Dain yang pernah mengarahkan filem Bunohan dan Interchange.

Sinopsis filem Dukun diilhamkan secara longgar berdasar kes pembunuhan kejam dan ngeri seorang ahli politik oleh dukun wanita dengan bantuan suami dan pekerjanya yang terjadi di negara ini.