Sabri Yunus
SABRI YUNUS

Kombinasi itu merangkumi sifat yang diumpamakan sebagai hitam seperti nakal atau jahat, kedua pula putih sinonim dengan baik hati dan ketiga iaitu lawak yang membuatkan manusia tertawa.

Kata Sabri, kombinasi ketiga-tiga elemen itu menjadikan waktak Pok Ya hidup dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat sehingga ada yang menganggapnya sebagai fenomena.

“Sebenarnya saya tidak menjangkakan telemovie Pok Ya Cong Codei akan menjadi begitu popular atau ‘viral’ seperti yang berlaku sekarang.

“Saya tidak pernah letak apa-apa target dalam menghasilkan karya, cuma niat hendak buat sesuatu yang baik kepada masyarakat.

“Macam perjuangan saya dalam dunia seni adalah mengangkat dialek Kelantan sehingga apabila orang dengar mereka kata sedap bunyinya,” katanya ketika sidang akhbar program Makey Tey Bersama Pok Ya Cong Codei Seghoti atau Lipak di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.

Program tersebut akan diadakan pada 22 Februari nanti di hotel sama pada pukul 4.00 petang dengan bayaran sebanyak RM50 termasuk makan dan minum. Orang ramai juga dijemput hadir.

Tambah Sabri, selain program minum petang, beliau turut mengumumkan tayangan sebuah telefilem baharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina nanti pada 17 Februari.

Menurutnya, telefilem tersebut akan mengangkat masyarakat Cina Peranakan Terengganu.

“Saya hendak mengangkat masyarakat Cina Peranakan dan pelakonnya juga terdiri daripada kalangan mereka walaupun tidak pernah berlakon,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE