Bagaimanapun dengan pemberian 500 kuntum bunga yang dihadiahkan oleh Fattah kepada Fazura pada hari lahirnya yang ke-34 semalam, menguatkan telahan peminat yang hubungan dua pelakon tersebut semakin serius.

Sebelum ini, pada 14 September lalu, Fazura juga membuat kejutan kepada Fattah dengan mengirimkan 50 kuntum bunga ros merah, coklat dan juga kad ucapan yang berbau kemesraan bagi meraikan hari lahir pelakon itu yang ke -27.

Fattah dalam kenyataannya kepada sebuah portal hiburan, dia sudah beberapa kali membawa Fazura bertemu dengan keluarganya dan mereka menerima pelakon cantik itu dengan baik.

Majlis sambutan hari lahir kedua pasangan pelakon ini diraikan oleh para peminat mereka dalam Fattzura Birthday Bash yang berlangsung di Pusat Konyensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Dalam laman sosial Instagram milik Fazura, pelakon yang bakal tampil dengan filem Ayat Ayat Cinta 2 itu turut memuatkan foto-foto yang memperlihatkan kemesraannya bersama Fattah Amin. – UTUSAN ONLINE