Ketika dihubungi Utusan Online, pemilik Suka Sucre Bistro itu berkata, setelah mempunyai tiga orang ‘hero’, dia bersyukur apabila keinginan untuk mendapat anak perempuan dimakbulkan.

“Terima kasih atas setiap doa yang dipanjatkan dan ucapan yang telah diberikan,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, perkahwinan Fazley dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz selama kira-kira 11 tahun telah dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8 dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6. - UTUSAN ONLINE