Bayi lelaki Fauzi Nawawi dan Lisdawati dilahirkan malam tadi.

Menurut suaminya yang juga seorang pelakon, Fauzi Nawawi, isteri dan anaknya itu kini berada dalam keadaan baik walaupun bayi mereka lebih berat daripada jangkaan.

“Alhamdulillah isteri dan anak saya dalam keadaan baik selepas melahirkan anak lelaki kami seberat 3.54 kilogram.

“Buat masa ini saya masih belum ada nama yang sesuai tetapi memang sudah berbincang dengan isteri untuk memberi nama yang tidak terlalu panjang dan mempunyai makna yang baik,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Merupakan anaknya yang kelapan, tetapi keempat untuk Lisdawati, kata Fauzi dia memang mengimpikan untuk mempunyai anak yang ramai.

“Saya ini tidak kaya harta tetapi memang saya suka harta akhirat iaitu anak-anak.

“Bagi saya ini adalah amanah untuk kami suami isteri,” kongsinya lagi. - UTUSAN ONLINE