Tambah Fathia pandangan masyarakat nterhadap isu itu tidak akan menjejaskan dirinya memandangkan itu urusannya dengan Allah.

“Saya kerjakan solat kerana Allah dan saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya ringkas ketika ditanya.

Sementara itu aksi Fathia mendirikan solat di dalam kereta yang dimuat naik rakannya itu ke laman Instagram menimbulkan perdebatan banyak pihak.

Malah ada yang mula mengutarakan isu ini kepada pihak berwajib dalam mencari kepastian.

Difahamkan Fathia mendirikan solat di dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic.

Fathia juga adalah antara artis paling awal yang hadir ke majlis itu walaupun pertunjukan fesyen hanya bermula pada sebelah malam.

Pemerhatian Utusan Online juga mendapati lokasi tersebut juga turut menyediakan ruangan solat yang lebih selesa untuk pelanggan mereka. -UTUSAN ONLINE