Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fasha Sandha tak gentar, saman balik

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 33, (gambar) bertekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan dirinya dalam satu majlis baru-baru ini.

Fasha Sandha dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp berkata, walaupun penganjur majlis Fenomena Aidilfitri, Glass Go Media telah memohon maaf kepadanya tetapi pihak berkenaan tidak ada bukti yang memperkatakan dia telah memburuk-burukkan mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di laman sosial Instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut. Jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

“Laman Instagram saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut,” katanya yang kini sedang bercuti di Australia bersama anak-anaknya, Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3.

Kata Fasha Sandha lagi, mana-mana pihak yang menyatakan bahawa dia telah memfitnah, memburukkan dan mencemarkan jenama pihak terbabit, dia akan saman malu.

Tambah pelakon tersebut, dia sedikit pun tidak takut dan gentar kerana itu bukanlah kali pertama pihak berkenaan mengemukakan saman kepadanya.

“Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak yang benar, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang tidak masuk akal.

“Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya. Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya tujuh tahun lalu tetapi tidak berjaya,” katanya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan