Berkata kepada Utusan Online, Fasha langsung tidak mengetahui foto tersebut menjadi topik perbualan hangat netizen kerana tidak membaca ruangan komen di akaun Intagram miliknya.

"Saya tidak tahu pula foto itu dikecam kerana saya jenis yang jarang membaca komen. Biarlah mereka nak berkata-kata," ujar Fasha.

Pada masa sama, Fasha juga menegaskan dia enggan memadam foto berkenaan seperti yang diminta oleh para pengikutnya kerana berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya mengundang kontroversi.

Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Fasha sewaktu hadir ke majlis malam berinai rakan artisnya, Elvina Mohamad telah mengenakan pakaian tradisi kaum India dan merakamkan sekeping gambar lalu dimuat naik di akuan media sosialnya.

Menerusi ruangan komen, pengikutnya menyifatkan penampilan Fasha itu mencolok mata dan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu kepada dua orang anak. - UTUSAN ONLINE