Berkongsi perasaan, Fasha mengakui, walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam perkahwinan terdahulu namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk menutup pintu hatinya kepada lelaki lain.

“Alhamdulillah saya bersyu­kur kerana Aidil dan keluarga­nya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap hubungan ini berkekalan,” katanya.

AIDIL AZIZ
AIDIL AZIZ 

Menurut Fasha, Aidil yang dipanggil Pak Ngah itu telah melamarnya pada 21 Jun lalu dan dia mengambil masa beberapa bulan sebelum menerima lamaran tersebut.

“Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya namun saya lihat kualiti yang ada dalam diri Aidil.

“Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa dan bijak mengambil hati mereka berdua. Malah Aidil juga pandai menghormati ibu bapa dan keluarga saya,” katanya yang mula rapat dengan Aidil sejak be­kerjasama dalam sitkom Mamu Mami Gosip, awal tahun ini.

Majlis pertunangan mereka hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat itu termasuk ibu bapa Aidil, Ibu Aidil, Rokkiah Md Noor dan Abdul Aziz Ishak dan ibu Fasha, Hatijah Tehman.