Heroin drama Titian Cinta itu berkata, penampilannya menerusi siri yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu ternyata memberi impak terhadap karier lakonannya, sekali gus berjaya mengumpul jumlah peminat yang ramai.

“Saya tak tahu nak cakap apa selain ingin berterima kasih kepada semua peminat yang tidak pernah jemu dan penat memberi sokongan dan mengundi saya untuk memenangi trofi ini,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Berkongsi perkembangan terkininya, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu memberitahu, dia sedang menjalani penggambaran Halalkan Hati Yang Kucuri untuk siaran pada bulan Ramadan kelak.

Dalam masa sama, Farah juga akan membabitkan diri dalam dunia perniagaan dengan mengeluarkan produk pertamanya tidak lama lagi.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan jemput para wartawan untuk ke majlis pelancaran produk saya.

“Nak tahu produk apa, kenalah tunggu pada masa hari pelancarannya nanti,” ujarnya tersenyum. - UTUSAN ONLINE