Selain Faizal, lagu Negaraku yang dihasilkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 turut dinyanyikan oleh Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne.


“Apabila saya dapat tahu Perdana Menteri berkongsi lirik lagu Negaraku hari ini, memang saya rasa bangga sebenarnya.


“Sangat teruja apabila hasil seni saya turut dihargai tokoh negara kita,” katanya pada sidang akhbar Faith For Rohingya di sini hari ini.


 

Selain Faizal, lagu Negaraku ini turut mendapat sentuhan daripada komposer Ezra Kong dan Mike Chan. 


Dalam waktu yang sama Faizal turut membalas perkongsian Perdana Menteri itu.


“Lirik terbaik daripada satu-satunya Altimet,” tulisnya.


Sementara itu, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 39, bakal berangkat ke Bangladesh bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya yang kini ditempatkan di kem pelarian Cox’s Bazar.


Jelas Faizal yang juga pemilik pertubuhan iamFaithmen, kali ini dia akan mengadakan kerjasama dengan sebuah badan kebajikan dari Brunei.


“Mengikut perancangan kami akan membantu hampir 1,000 keluarga yang berada di kem pelarian tersebut.


“Selain bantuan makanan antara bantuan yang ingin saya hulurkan adalah dari segi bantuan emosi dan mental untuk pelarian di sana,” katanya yang akan berada di sana pada 5 hingga 8 Mac depan. - UTUSAN ONLINE