Dalam satu kenyataan rasmi oleh Warner Music Malaysia, selain Faizal, artis lain yang turut bersaing ialah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapura), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Redi (Filipina) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Menurut Warner, para peminat sudah boleh membuat pengundian bermula 4 Oktober lalu di laman sesawang rasmi MTV EMA, www.mtvema.com sebelum tarikh tutup 11 November ini.

Kali pertama Faizal dicalonkan adalah sewaktu penganjuran MTV EMA 2015, namun tewas kepada penyanyi Vietnam, Son Tùng M-TP.

MTV EMA yang dianjurkan oleh MTV Networks Europe pada setiap tahun bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur.-UTUSAN ONLINE