Ezlynn
Ezlynn

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai talak satu  terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim Syarie Noorbyetty Nasir tepat pada pukul 10.30 pagi ini.

Sebelum lafaz cerai dibuat, Noorbyetty mengarahkan Ezlynn dan Adam bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka berdua.

Permohonan penceraian secara baik itu difailkan oleh Ezlynn pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 namun sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. - UTUSAN ONLINE