BELUM masa untuk Ezany Nizarif bercerita siapa Min di hatinya.

Mereka tampak cukup mesra dan tertanya juga sama ada ini teman hidup terbaharu Ezany.

Enggan menjawab persoalan itu, Ezany, 45, memohon agar dia diberi ruang sebelum menjelaskan tentang status terkini.

“Maaf saya tidak boleh kongsi apa status terkini saya. Jangan risau saya tidak rahsiakan apa-apa cuma beri saya waktu.

“Kalau tidak ada apa-apa pertengahan tahun ini saya akan kongsi siapa wanita tersebut,” katanya.

Memperkenalkan wanita tersebut sebagai Min, Ezany juga enggan mengulas mengenai tiga jarinya yang memakai inai.

“Ish! Nanti la saya kongsi, sekarang bukan masa yang sesuai lagi,” katanya yang sebelum ini pernah intim dengan seorang wanita bergelar “Datuk Paduka K”

Sementara itu, kata Ezany sehingga ke saat ini dia masih lagi sibuk dengan dunia lakonan seperti biasa. Malah perniagaannya juga semakin berkembang.

“Saya masih berlakon seperti biasa, produk saya masih ada cuma belum ditayangkan.

“Selain lakonan, saya juga sibuk dengan perniagaan saya seperti biasa. Malah belacan saya juga banyak dieksport ke Kuwait,” jelasnya.

Terdahulu Ezany atau nama sebenarnya Mohd. Zani @ Mohd. Zohri Mohd. Nizariff pernah mendirikan rumah tangga dengan Lizda Nuryanti, 35, pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak Rayyan Harraz, 7 dan Hayden Harraz, 5.

Bagaimanapun perkahwinan pelakon ini mula mendapat tumpuan apabila pada 17 Julai 2014, Ezany telah membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang setelah mendakwa Lizda Nuryanti dilarikan seorang lelaki.

Pada 11 April 2016, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mensabitkan Lizda Nuryanti atas tuduhan nusyuz (ingkar kepada suami) selepas membenarkan permohonan pelakon itu di bawah Seksyen 61 (3)(b)(1)(i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. - UTUSAN ONLINE