Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Erma buat penonton terlopong

PENGGUNAAN hiasan pentas yang menggunakan teknologi animasi 3D, 2
PENGGUNAAN hiasan pentas yang menggunakan teknologi animasi 3D, menambahkan kecerian teater arahan Erma Fatima ini.

Penceritaan yang dilakukan pengarah, Erma Fatima pada teater Bawang Putih Bawang Merah ternyata harus mendapat pujian.

Penataan cahaya yang baik, prop yang dibina dengan baik serta penggunaan teknologi animasi 3D untuk mempamerkan ikan kaloi nyata menambahkan keghairahan penonton.

Erma menggunakan pentas sebaiknya untuk memaparkan isi dalam tasik yang menempatkan ikan kaloi tanpa disangka penonton.

Perkara-perkara ini yang membuatkan penonton tidak leka dengan penceritaan dan terus menanti apa lagi yang boleh dihidangkan oleh Erma sebagai pengarah.

Satu lagi yang menarik perhatian pada malam itu adalah senarai pelakon kerana menggandingkan mereka yang sudah biasa bermain teater dan yang masih mentah atas pentas.

Tidak ada seorang pelakon yang tenggelam dan masing-masing membawa watak serta peranan mengikut kapasiti yang sepatutnya.

Fauziah Ahmad Daud sebagai Kundur dan adiknya, Fazlina yang memegang watak Labu antara yang berpengalaman dalam teater ini.

Watak mereka dibawa dengan baik tanpa memencilkan watak yang lain. Tidak ada soal mahu menonjol biarpun kedua mereka cukup berpengalaman.

Bongkok, watak tambahan yang dibawa oleh Erma ke dalam pementasan kali ini juga menjadi. Dibawa oleh Beto Kusyairy, kehadirannya mampu mengusik emosi penonton.

Biarpun tidak banyak babak yang memerlukan dia berada di atas pentas, hakikatnya penonton sentiasa menantikan kehadiran Bongkok.

Dilema yang dihadapinya untuk bersama dengan Bawang Merah nyata meruntun jiwa penonton yang melihat persembahannya.

Bawang Merah pula yang dibawakan Fathia sebagai teraju utama dalam pementasan itu juga dibawakan dengan baik.

Cuma mungkin ada sesetengah babak di mana Fathia dilihat berinteraksi dengan santai bersama penonton sebenarnya sesuatu yang tidak profesional.

Juliana Evans pula membawa watak Bawang Putih. Watak yang sepatutnya dibenci ternyata berjaya membuat penonton meluat melihat aksinya.

Tergedik-gedik di atas pentas, wataknya berjaya dibawanya hingga ke akhir persembahan dan itu sesuatu yang harus dipuji.

Ada yang mempertikaikan Syarul Ridzwan yang memegang watak Putera Raja pada malam itu. Dia dilihat kurang menyinar pada malam itu.

Mungkin kegagalan itu berikutan faktor skrip yang sedikit. Dia tidak berjaya membesarkan dirinya sebagai seorang Putera Raja.

Tetapi untuk pendatang baharu, usahanya itu harus dipuji. Usahanya ada terutamanya ketika bersilat dalam satu babak bersama Bongkok.

Apa yang kurang pada malam itu adalah pengakhiran cerita. Bawang Merah akhirnya mendapat kebahagiaan bersama Putera Raja.

Tetapi ibu tirinya, Kundur dan Bawang Putih tamat begitu sahaja. Tidak ada hukuman yang setimpal atas kekejaman yang dilakukan buat kedua-dua mereka.

Mungkin Erma ada perancangan untuk menghasilkan sambungannya nanti. Jika ada, sudah pasti ramai yang akan kembali untuk melihat pengakhirannya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan