Apa sebenarnya cerita di sebalik gambar ini? Jangan tanya Joyah. Sampai hari ini, Joyah pun tidak pasti apakah foto itu merupakan adegan daripada salah satu drama lakonan Erin atau memang benar gambar dia sedang bersosial.

Joyah cuba mendapatkan penjelasan daripada Erin. Namun, sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Erin seperti agak berat untuk membalas panggilan pihak wartawan. Walaupun Joyah tahu dia ada membaca Whatsapps yang dihantar, pelakon itu memilih untuk berdiam diri yang mana ini meninggalkan tanda tanya kepada semua orang.

Apapun, Joyah harap Erin akan tampil menjelaskan semuanya. Sekurang-kurangnya kita lebih jelas dan tidak membuat tafsiran yang kurang molek mengenai pelakon cantik ini.

Lagipun ini bukan kali pertama Erin berhadapan dengan isu kontroversi.