Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Emran kahwini artis popular Indonesia, Bella bulan depan

LAUDYA CYHTHIA BELLA 2
LAUDYA CYHTHIA BELLA

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Personaliti media tanah air, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal menikahi pelakon ternama dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Pasangan yang selama ini meninggalkan tanda tanya dalam kalangan media dan peminat mengenai hubungan mereka, difahamkan akan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah secara tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan di ibu negara.

Menurut sumber UTUSAN ONLINE, Engku Emran, 42, dan Bella, 29, memilih untuk berkahwin secara sederhana di Kuala Lumpur dan bukannya di Jakarta, Indonesia.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja,” kata sumber itu kepada UTUSAN ONLINE yang enggan namanya didedahkan.

Pasangan itu sebelum ini sering memberi bayangan yang mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat dalam laman sosial masing-masing tetapi kedua-duanya memilih untuk menutup mulut setiap kali ditanya oleh wartawan.

Antara gambaran keakraban mereka adalah sekeping gambar di laman Instagram Bella dengan kapsyen: “Im blessed and thank u Allah for Every day, Everything, and E (saya bersyukur dan terima kasih Allah untuk setiap hari, segala-galanya dan E (merujuk pada Engku Emran),” tulis Bella dan menambahkan emoji love di akhir tulisannya.

Difahamkan selepas serius untuk menyunting Bella sebagai isteri, Engku Emran berlepas ke Jakarta untuk bertemu ibu dan ayah wanita berdarah Sunda yang mempunyai jumlah pengikut seramai 17.2 juta orang di laman sosial Instagram itu.

Engku Emran dan Bella diperkenalkan antara satu sama lain oleh pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned sekitar Mac lalu.

Selepas lebih lima bulan menjalin hubungan jarak jauh, Engku Emran dan Bella memilih untuk disatukan sebagai suami isteri selepas mengenali hati budi dan karakter masing-masing.

“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek,” ujar sumber itu sambil memberitahu Engku Emran dan Bella juga tidak mengikat tali pertunangan seperti yang lazim dilakukan oleh kebanyakan pasangan.

Bella merupakan artis wanita yang sangat masyhur di Indonesia dan sudah membintangi banyak filem popular termasuk Syurga Yang Tak Dirindukan 2 yang ditayangkan di Malaysia baru-baru ini.

UTUSAN ONLINE turut difahamkan, Engku Emran juga sudah memperkenalkan bakal isterinya itu kepada anak perempuannya, Engku Aleesya, 8.

“Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” ujar sumber itu lagi.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan pertamanya dengan artis ternama, Erra Fazira - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan