Berkata kepada Utusan Online, anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu bagaimanapun reda atas ujian Ilahi meskipun terlalu menginginkan seorang lagi anak selepas kelahiran anak tunggalnya, Cinta Sumayyah, tujuh tahun lalu.

“Ikutkan hati, nak saja saya pertahankan kandungan itu tetapi atas nasihat banyak pihak termasuk doktor, ustaz dan ahli keluarga, saya akur.

“Mengikut hukum Islam, saya diharuskan untuk berbuat demikian agar tidak memudaratkan kesihatan. Kalau tidak, akan lebih melarat.

“Keputusan itu dibuat memandangkan keadaan badan saya yang lemah, selain khuatir rawatan kanser yang sedang dijalani bakal mencacatkan fizikal atau meninggalkan implikasi terhadap bayi yang dikandung,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, aktiviti seninya semakin sibuk sejak menyertai Gegar Vaganza musim keempat dan bersyukur atas rezeki yang diperoleh.

“Setiap hari, saya perlu makan kira-kira 25 biji ubat agar tubuh badan saya kuat dan mempunyai tenaga untuk menjayakan sebarang persembahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE