Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ella tinjau persiapan konsert guna helikopter khas

Ella sewaktu meninjau persiapan konsertnya di Stadium Malawati, 3
Ella sewaktu meninjau persiapan konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor

KUALA LUMPUR 15 April - Ratu Rock negara, Ella mencatat sejarah tersendiri apabila menaiki helikopter khas untuk meninjau persiapan akhir, 24 jam sebelum konsert solonya berlangsung.

Ella berlepas dari Terminal Skypark Subang ke lokasi konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor awal pagi tadi dan turut ditemani suami tersayang, Kapten Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang.

Konsert Ella 2016 yang akan berlangsung esok selama dua jam turut dibarisi dengan pemuzik rock terkenal nagara.

“Ia adalah konsert yang akan dikenang dalam sejarah. Selepas 15 tahun tanpa konsert solo, konsert yang akan berlangsung esok adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam sejarah pembabitan Ella sebagai seorang penyanyi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Antara penyanyi dan pemuzik yang membuat persembahan ialah Man Kidal selaku pengarah muzik, Lord daripada Ella & The Boys, Buncface, Amy Search dan Korie. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan