Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Elizabeth nafi bermasalah, tinggalkan Paranormal

Elizabeth nafi bermasalah, tinggalkan Paranormal

PETALING JAYA 19 Mac - Penyanyi Elizabeth Tan, 23, menafikan berhadapan sebarang masalah serius dengan syarikat pengurusan Paranormal sehingga dia mengambil keputusan untuk bergerak sendiri.

Menurut pelantun lagu Tabah itu, kontraknya bersama syarikat pengurusan terbabit selama tiga tahun telah pun tamat dan Elizabeth memutuskan untuk berdikari dalam menguruskan kerjaya seninya.

“Hubungan antara saya dan pihak Paranormal berlangsung dengan baik, tiada sebarang salah faham yang mendorong saya untuk memilih haluan sendiri.

“Tiga tahun berada di bawah syarikat pengurusan terbabit, banyak selok-belok yang saya pelajari dan sudah tiba masanya saya meneroka sendiri laluan seni yang akan dilalui selepas ini,” katanya tekad.

Elizabeth berkata demikian ketika ditemui usai majlis pelantikannya sebagai duta produk Ribena yang diadakan di Damansara Perdana, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas perkembangan terkininya dalam dunia lakonan, penyanyi tersebut terpaksa menolak tawaran membintangi filem Polis Evo 2 yang memaksanya memotong rambut pendek seperti lelaki.

“Memang saya kata tahun ini nak fokus terhadap bidang lakonan tetapi saya belum bersedia untuk mengorbankan rambut saya kerana terikat sebagai duta dengan banyak produk.

“Jika watak yang tidak perlukan saya potong rambut, saya boleh terima,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan