Bagaimanapun Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya itu.

“Tarikhnya ada dalam hati saya, siapa boleh baca hati saya, mesti dia dapat agak,” katanya ringkas.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti, pelakon yang mesra disapa El ini menjelaskan bahawa semua perkara tersebut belum dilakukan.

“Setakat ini saya baru sahaja menjalani kursus perkahwinan. Persiapan lain belum lagi dilakukan.

“Lagipun saya lebih suka membuat persiapan pada saat-saat akhir,” jelasnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace, Petaling Jaya semalam.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran namun ikatan itu putus pada 18 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE