Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Elfira buat persediaan mental

Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy ternyata tidak bermain-main dengan keputusannya menerima lamaran Sufian Suhaimi sebagai isteri yang mana menurut perancangan, kedua-duanya akan mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober ini.

Belum menetapkan tarikh perkahwinan, tetapi nampaknya Elfira sudah banyak membuat persiapan ke arah itu. Bukan persiapan fizikal dalam bab menyediakan barang hantaran saja.

Tapi bab mental pun kena tahu! Pendekatan yang diambil oleh Elfira ialah memulakannya dengan merajinkan diri bangun pagi dan tidak tidur semula selepas subuh. Buat kerja rumah dan memasak sebelum meneruskan aktiviti harian yang lain. Sebenarnya, bagi sesetengah orang yang susah nak bangun pagi, ini adalah antara pencapaian cemerlang, tahu tak?

Bukan senang nak ubah diri dan buat rutin yang sudah sebati dengan usia diri. Tapi betul juga kata orang, nak ubah diri, memang kena mulakan dengan diri sendiri.Bukan kerana orang lain, itu yang penting. Macam dalam isu ini, Elfira sendiri yang nak ubah jadi individu yang lebih baik.

Tak cuma kerana dia tak lama lagi nak jadi isteri orang dan ini adalah satu perubahan yang bagus.

Harap-harap tak ada pula yang salah faham dan katakan Elfira selama ini bukan jenis calon isteri pilihan. Iyalah, walaupun dia mengaku dia belajar memasak sebagai salah satu persiapan nak kahwin, ia bukan bermakna dia langsung tak pandai memasak.

Ini kan antara usaha dia untuk menjadi isteri yang pandai menambat hati suami kelak. Janganlah pandang rendah pula ya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan