Eksperimental Nowseeheart

Selitkan lagu khas buat arwah Bob dalam album keenam

ALBUM Katakan yang merupakan album keenam Nowseeheart amat sesuai
ALBUM Katakan yang merupakan album keenam Nowseeheart amat sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat. – Gambar MOHD. NAIM AZIZ

JIKA dilihatkan kini irama nasyid sudah sedikit menyepi berbanding akhir 1990-an, di mana kumpulan nasyid seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani yang menguasai persada seni ketika itu. Biarpun begitu, irama nasyid masih terus bersinar dengan coraknya yang tersendiri kerana lagu-lagu sebegitu sesuai didengar bila-bila masa sahaja.

Salah sebuah kumpulan yang masih lagi teguh untuk memperjuangkan lagu-lagu berunsur ketuhanan adalah kumpulan Nowseeheart. Biarpun kurang publisiti diberikan kepada mereka, yang mula berkecimpung dalam industri sejak 1996, namun kumpulan ini sudah mempunyai lima album di pasaran. Kali terakhir Nowseeheart menghasilkan album studio adalah pada 2011 yang berjudul Kembali.

Kini, Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, 38, Idzhar Jumali, 39, Azahari Abd. Rahman, 36, Muhammad Sariman Abd. Manap, 39, yang ditemui pada majlis pelancaran album keenam berjudul Katakan di The Terrace, Mutiara Damansara baru- baru ini berkata, album ini adalah produk terbaik yang pernah mereka hasilkan.

“Selain keluarkan album baharu ini, kami masih lagi aktif. Kami masih menerima undangan membuat persembahan di majlis keraian yang tidak melibatkan media. Mungkin itu antara sebab kami kurang dikenali dan ada yang berpendapat kami tidak aktif.

“Kami tidak pernah hilang dari industri seni nasyid kerana sepanjang melibatkan diri sejak dulu kami ada mengeluarkan album penuh sebanyak lima buah kesemuanya. Dari kami berenam hingga kini tinggal empat, masih lagi aktif bernasyid.

“Ketika itu kami hanya memasarkan sahaja album yang sudah siap sepenuhnya tanpa ada majlis pelancaran album dan tidak mengundang media untuk menguar-uarkan mengenai kemunculan album sebelum ini,” kata Idzhar.

Tambahnya, biarpun kurang menerima publisiti, mereka akui masih dikenali dan penjualan album terdahulu masih lagi terjual termasuklah album kompilasi dan projek khas.

Disoal kenapa melakukan majlis pelancaran album bagi Katakan, Idzhar memberitahu, ketika diberi peluang oleh pihak Inteam Records, mereka berbesar hati untuk menjadikan pelancaran ini sebagai satu kenangan istimewa.

“Peranan syarikat rakaman Inteam Records sangat besar dalam memastikan promosi album ini berjalan dengan biak. Bukan mementingkan keuntungan, tetapi pengisian yang terkandung dalam album tersebut.

“Kalau hendak bercakap mengapa baru kini buat majlis pelancaran, kami katakan ia sebagai satu peluang keemasan yang diberikan. Jadi kami berempat bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya.

Menyentuh mengenai pembikinan album berkenaan, Nowseeheart mengambil pendekatan untuk mengalunkan lagu-lagu berunsur masyarakat sejagat dan amat sesuai didengar oleh semua bangsa.

“Pengenalan pengisian lagu dalam album ini sesuai sebagai satu masyarakat sejagat kerana lirik lebih kepada bersifat santai, puitis dan banyak memberikan nasihat sesuai dengan melodi.

“Semua lagu dalam album ini kami berempat perah otak demi hasilkan lagu-lagu terbaik. Sebelum hendak buat lagu, kami akan duduk berbincang sama-sama dan keluarkan idea bersama,” jelasnya.

Apa yang istimewa, lagu Damai Di Sana hasil ciptaan Ito Lara dan Azahari, ia digubah khusus untuk salah seorang anggota mereka, iaitu Bob yang meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 20 Mac tahun lalu.

Selain Damai Di Sana, album ini turut mengandungi lapan lagi lagu iaitu Katakan, Sudahlah, Selawat Untukmu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014 dan Fatwa Hati. Album ini sudah berada di pasaran sejak Disember tahun lalu dan dijual dengan harga RM19.90.

Harapan Nowseeheart agar lagu-lagu ini menjadi halwa telinga semua pendengar baik di radio dan menjadi pilihan utama sekali gus menjadi alunan muzik kontemporari.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati