EINA AZMAN bakal kembali berlakon.

Menurut Eina, dalam drama arahan Michael Ang yang berjudul Rahsia Hati Seorang Perempuan ini, dia sekali lagi tampil memegang watak antagonis.

“Kalau ikutkan sudah masuk empat tahun saya tidak berlakon, mula-mula dapat tawaran memang takut memandangkan sudah lama tidak masuk ke set.

“Selain saya yang akan berlakon dalam drama ini, rakan-rakan lain ialah Mira Filzah dan Hisyam Hamid,” katanya kepada Utusan Online.

Sementara itu ketika ditanya mengenai sambutan hari lahirnya pada 13 Mac lalu, kata Eina, 23, tahun ini suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah turut menghadiahkannya sebuah kereta bagi memudahkan dia untuk ke lokasi penggambaran.

“Alhamdulillah untuk hadiah tersebut. Kereta saya sebelum ini ada masalah. Jadi susah saya mahu ke set penggambaran.

“Mungkin sebab itu juga, suami menghadiahkan saya sebuah kereta untuk kemudahan saya,“ katanya.

Eina dan Kaiser berkahwin pada 31 Ogos 2014 turut mencuri tumpuan apabila Kaiser menghadiahkan isterinya itu dengan sebuah kereta Chevrolet Camaro. - UTUSAN ONLINE