Menurut pemenang tempat ke tiga program Maharaja Lawak Mega 2017 itu, masalah bahasa antara yang sentiasa menghantuinya ketika dia mahu beraksi di atas pentas.

“Bahasanya memang seakan sama. Malah, saya tidak ada masalah untuk berbual tetapi untuk membuat persembahan, memang saya kena kaji bahasa Melayu dengan betul.

“Terutamanya ayat-ayat yang menjadi ikutan semasa sebab itu adalah budaya sesebuah tempat itu. Perkara ini berbeza di sini dan Indonesia.

“Ada lawak yang memang sesuai untuk di Indonesia tetapi jika dilakukan di sini, mungkin ada yang tidak faham sebab perbezaan budaya dan sebagainya,” jelas Dzawin yang menjadi pengacara bagi program Ceria I-Star disamping Nabil Ahmad dan PU Yeop.

Bercerita mengenai kerjaya pula, jelas Dzawin, buat masa ini tawaran membuat persembahan pentas lebih banyak di sini berbanding di negaranya.

“Tawaran di Indonesia ada tetapi tidaklah sebanyak di sini. Lagipun saya merasakan di sini saya masih baru dan banyak lagi yang saya perlu pelajari untuk memantapkan kandungan lawak bagi kehendak penonton tempatan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE