Khabarnya, dia akan menamatkan zaman solonya di Duchess Place Kuala Lumpur pada 15 Disember ini. Majlis pernikahan itu bakal disaksikan keluarga terdekat kedua-dua pasangan.

Sehari selepas majlis pernikahan, mereka akan mengadakan majlis resepsi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Dengar cerita ramai artis yang dijemput hadir pada hari itu.

Dalam kegembiraan menjelang hari bahagia, sebenarnya dia berdepan dengan cabaran tersendiri dihadapinya sewaktu berdarah manis.

Ditambah pula dengan faktor jarak jauh, silap hari bulan ada yang menangis di bucu katil mengenangkan nasib. Walaupun kemudahan teknologi canggih mampu melancarkan komunikasi sedia ada.

Tapi kalau kesabaran itu tak cukup tinggi buat pasangan tertentu, memang payah. Sebab itu, Sasqia kena kuat. Dia tak boleh berhati rapuh kalau tak nak merisikokan hubungan sedia ada.

“Saya di Kuala Lumpur manakala dia di Singapura. Jadi telefon sahaja yang menjadi penghubung. Bergayut sejam dua itu adalah perkara biasa. Tak kiralah guna WhatsApp atau Facetime, asalkan boleh berkomunikasi, gunakan saja.

“Tapi ada kalanya rangkaian telekomunikasi ini bermasalah. Dengan jadual kerja masing-masing yang sibuk, semua itu boleh merosakkan keharmonian hubungan sedia ada,” katanya berkongsi cerita.

Tak apalah Sasqia, ujian di alam pertunangan awak dah lulus. Tak lama lagi nak melangkah masuk dalam alam rumah tangga pula.

Sudah pastinya jenis cabarannya lain. Yang penting lepas berkahwin ini, dah tak payah lagi nak bergantung kepada telefon sebagai penyambung komunikasi.

Habis tu, cik abang dah ada di depan mata bukan. Dah boleh menatap wajahnya puas-puas tanpa menggunakan skrin lagi. Betul tak?