Setahun menjalani rawatan di pusat pemulihan, Zamani kembali beraksi menghiburkan peminat.

Pelbagai dakwaan dan tanggapan serta persepsi perlu didepani vokalis kumpulan popular era 90-an, Slam ini disebabkan kesalahan yang dilakukan.

Namun persoalan yang pastinya bermain di fikiran peminat Zamani, adakah dia masih bergelumang dengan najis dadah? Adakah benar dia mengalami masalah kesihatan gara-gara terlibat dengan bahan terlarang itu?

Ikuti temubual eksklusif UTUSAN ONLINE dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Gerimis Mengundang ini. - UTUSAN ONLINE