Izzue Islam ambil keputuisan keluar Forteen.

Jelas Izzue, selepas beberapa hari tidak berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain, dia nekad mengambil keputusan mengejut itu dan akan bergerak solo selepas ini.

“Rasanya sukar untuk bekerjasama kalau kita dipulaukan. Pada mulanya masih boleh dibendung tetapi akhir-akhir ini, Izzue bagaikan tidak wujud dalam kumpulan itu,” kata Izzue kepada Utusan Online.

Menafikan persembahan di pentas Gegar Vaganza musim kelima menjadi sebab persengketaan antaranya dengan tiga lagi anggota iaitu One, Ameer dan Ariz, kata Izzue, 28, perkara itu bukan penyebab dia dipulaukan.

Ini kerana, kata Izzue, setiap daripada mereka tahu dengan kemampuan masing-masing.

“Tujuh tahun bersama-sama. mereka lebih tahu tahap kemampuan vokal saya,” katanya sambil menambah, “buat masa ini memang tidak terfikir untuk kembali bersama Forteen. Saya akan meneruskan kerjaya seni secara solo selepas ini.”

Izzue sebelum ini pernah menghasilkan lagu solo berjudul Bimbang dan Sahabat dan turut dikenali sebagai pelakon.

Forteen ditubuhkan pada 2011 dan pernah bernaung bawah KRU Music. Antara lagu popular mereka adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh. - UTUSAN ONLINE