Neera atau nama sebenarnya Nurazneera Azizi berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan wajah sempurna dan tidak mahu mempertikai kuniaan Allah yang telah diberikan kepadanya.


“Memang sebelum ini ada yang mengatakan rupa saya seperti usahawan kosmetik terkenal itu. Mungkin sebab saya punyai garis rahang (jaw line) yang petak sama sepertinya.


“Tetapi, apalah daya saya untuk menutup mulut mereka yang suka mengata. Biarlah mereka berkata demikian, saya okey saja,” katanya kepada Utusan Online.


Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu yang baru sahaja melancarkan single Rasa Hati berharap pembabitannya sebagai penyanyi dapat diterima baik peminat.


Meskipun baru-baru ini terpalit dengan kontroversi mengenai nyanyiannya yang dikatakan sumbang dalam sebuah program bual bicara popular, Neera andaikan semua itu adalah kritikan membina.


“Kecaman yang diterima tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan karier nyanyian, malah lebih berkobar-kobar.


“Saya terima semua kecaman dan kritikan secara terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” ujar heroin drama Miss Kapten Cikgu Waiz itu.


Tambahnya, lagu Rasa Hati digubah oleh B-Heart, manakala liriknya ditulis oleh Neera sendiri bersama-sama komposer tersebut. - UTUSAN ONLINE