Menurut kakak kepada bintang remaja itu yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Fara Hezel, adiknya dibawa ke hospital tersebut kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Selain disahkan menghidap demam panas, doktor yang merawatnya masih belum mengenal pasti faktor yang menyebabkan Aiman berasa tidak selesa di bahagian perutnya.

“Esok baru mereka akan meneruskan prosedur rawatan dengan memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengetahui punca sebenar sakitnya itu,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Justeru, Fara meminta agar semua pihak dapat mendoakan agar Aiman diberi kesembuhan seperti sedia kala.

“Buat masa sekarang, berilah Aiman ruang untuk berehat dan dirawat. Sama-sama doakan yang terbaik untuknya,” kata Fara. - UTUSAN ONLINE