Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Demam 'Kabali' mula landa Malaysia

Demam 'Kabali' mula landa Malaysia 2
Gambar ihsan MBO Cinemas

KUALA LUMPUR 22 Julai - Ratusan peminat bintang legenda filem Tamil, Rajinikanth meredah hujan dan kesesakan lalu lintas bagi menonton tayangan perdana filem terbarunya 'Kabali' di sebuah pawagam di sini malam tadi.

Pawagam bergema dengan tepukan gemuruh peminat Rajinikanth yang mula berkumpul seawal 6 petang di pawagam itu, apabila pelakon handalan itu muncul di layar perak dalam tayangan bermula 10 malam itu.

Antara jemputan yang hadir ialah Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; timbalannya, Datuk Seri S. K. Devamany; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan; pelakon, Datuk Jalaluddin Hasan dan Norman Hakim serta pelakon India, Dhansika yang turut berlakon dalam filem itu.

Dalam filem genre aksi itu, Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak dikenali sebagai Kabaliswaran yang turut menjadi judul filem tersebut.

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia itu turut menampilkan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao.

Filem ke-159 Rajinikanth itu turut mempunyai versi yang dialih suara ke bahasa Malaysia.

Dr. Subramaniam, dalam ucapan sebelum tayangan filem itu, menyambut baik langkah diambil mereka yang bertanggungjawab menerbitkan filem itu untuk menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia.

Beliau mengambil perhatian bahawa kira-kira 1,000 rakyat Malaysia turut mengambil bahagian dalam menjayakan filem itu dan wang yang dibelanjakan untuk menghasilkan filem itu turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Seorang peminat Rajinikanth, G. Sundaran, 42, berkata, walaupun basah kuyup akibat hujan, beliau tidak mahu melepaskan peluang menonton aksi pelakon kegemarannya itu.

Beberapa peminat terdiri daripada orang Melayu juga tidak melepaskan peluang untuk menonton tayangan perdana itu. - BERNAMA

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan